This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
Jumat, 08 Juli 2011
renungan...
seberat inikah ujianMU padaku??? rencana apa yg sdg KAU rajut untukku??? lama aku menanti jawabanMU. serumit inikah..,seberat inikah tekanan2 yg kudapatkan. jika ini pembelajaran untukku..., tunjukkan terangnya. agar tak kelam aku berjalan menuju jalanMU. besok..., usaha awalku. semoga ada cerah yg datang, menutup mendung yg kian lama menahan langkahku.
jendela hati by saujana
Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra berbuah ceria
aku ingin menghapus duka dan lara
melerai rindu di dalam dada
sedamai pantai yang memutih
sebersih tetesan embunan pagi
dan ukhuwah kini pasti berputik
menghiasi taman kasih yang harmoni
seharum kasturi, seindah pelangi, segalanya bermula
di hati… di sini…
Posted in: syairKembalikan..
Arahkan pandangan ini pada mereka yang kekurangan. Pada wajah keriputnya yang punya sejuta asa. Pada tangan2 yg terlihat lelah dan lemah tapi kuat mengangkat beban berat untuk menafkahi keluarganya. Pada tulang punggung mereka yg tidak lagi tegap. Mungkin dengan itu,hati yg keras seperti batu akan menjadi lunak dan lembut.
Sulitnya menghadirkan hati di dalam amalan yaumi. Sulitnya airmata ini jatuh. Kuingin menangis,tapi kenapa tidak bisa. Ada apa gerangan dengan hati ini. Setan apa yg bertahta saat ini. Kembalikan aku pada lembutnya cintaMu. Kembalikan aku tuk menikmati saat2 berkhalwat dgnMu. Biarkan aku terjebak dalam canduku menangis dan mengemis pada kasihMu. Kuingin kembali rasakan nikmatnya merendahkan diri padaMu di malam sunyi. Malam yg syahdu. Hanya ada Kau dan aku. Di atas sajadah yg jadi saksi kepasrahan diri.
Kuingin kembali..
Posted in: curahanistimewanya wanita islam
Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
makanya mereka nggak capek-capeknya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM"
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita ...
by : dudung.net
Posted in: taujihFatimah Az-Zahra
Fatimah Az-Zahra adalah puteri pemimpim para makhluk, Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelari Al-Batuul, iaitu yang memusatkan perhatiannya kepada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlak, adab, hasab dan nasab. Beliau adalah puteri yang paling dicintai Nabi s.a.w. sehingga Baginda pernah bersabda: ?Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku.?
Sesungguhnya beliau adalah pemimpim wanita dunia dan penghuni syurga yang paling utama, puteri kekasih Robbil?alamin, dan ibu dari Al-Hasan dan Al-Husein. Az-Zubair bin Bukar berkata: ?Keturunan Zainab telah tiada dan telah sah riwayat, bahawa Rasulullah s.a.w. menyelimuti Fatimah dan suaminya serta kedua puteranya dengan pakaian seraya berkata: ?Ya Allah, mereka inilah ahli baitku, maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya.?
Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata: ?Datang Fatimah kepada Nabi s.a.w. meminta pelayan kepadanya. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: Ucapkanlah: ?Wahai Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang Agung. Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah bijih dan benih. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelum-Mu. Engkaulah akhir dan tiada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang batin dan tiada sesuatu di bawah-Mu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari kekurangan.?(HR. Tirmidzi)
Inilah Fatimah binti Muhammad s.a.w. yang melayani diri sendiri dan menanggung berbagai beban rumahnya. Thabrani menceritakan, bahawa ketika kaum Musyrikin telah meninggalkan medan perang Uhud, wanita-wanita sahabah keluar untuk memberikan pertolongan kepada kaum muslimin. Diantara mereka yang keluar termasuk Fatimah. Ketika bertemu Nabi s.a.w., Fatimah memeluk dan mencuci luka-luka Baginda dengan air, sehingga darah semakin banyak yang keluar..Tatkala Fatimah melihat hal itu, dia mengambil sepotong tikar, lalu membakar dan membubuhkannya kepada luka itu sehingga melekat dan darahnya berhenti keluar.? (HR. Syaikha dan Tirmidzi)
Dalam kancah pertarungan yang dialami itu, nampaklah peranan puteri muslimin supaya menjadi teladan yang baik bagi pemuda muslim masa kini. Pemimpin wanita penghuni syurga Fatimah A-Zahra?, puteri Nabi s.a.w., ditengah-tengah pertempuran tidak berada dalam sebuah panggung yang besar, tetapi bekerja diantara tikaman-tikaman tombok dan pukulan-pukulan pedang serta hujan anak panah yang menimpa kaum muslimin menyampaikan makanan, ubat dan air bagi para pejuang Islam. Inilah gambaran lain daripada puteri sebaik-baik makhluk yang sepatutnya menjadi tauladan kepada para Muslimah masa kini yang membebani para suami dengan tugas yang tidak dapat dipenuhi.
Ali r.a. berkata: ?Aku menikahi Fatimah, sementara kami tidak mempunyai alas tidur selain kulit domba untuk kami tiduri diwaktu malam dan kami letakkan di atas unta untuk mengambil air di siang hari. Kami tidak mempunyai pembantu selain unta itu. ?Ketika Rasulullah s.a.w. menikahkannya (Fatimah), beliau mengirimkannya (Unta itu) bersama satu lembar kain dan bantal kulit berisi ijuk dan dua alat penggiling gandum itu hingga melecetkan tangannya dan memikul Qirbah (tempat air dari kulit) berisi air hingga berbekas pada dadanya. Dia menyapu rumah hingga berdebu bajunya dan menyalakan api dibawah panik hingga mengotorinya juga. Inilah dia, Az-Zahra?, ibu kepada cucu Rasulullah s.a.w.: Al-Hasan dan Al-Husein?.
Setiap kali Fatimah merasa lapar, dia selalu sujud dan setiap kali berada dalam kesusahan, dia selalu berzikir. Kerana itulah Fatimah sering dipanggil dengan pelbagai nama seperti Al-Batuul (yang mencurahkan perhatiannya kepada ibadah), Az-Zahra? (yang cemerlang), At-Thahirah (yang suci), yang taat beribadah dan menjauhi keduniaan. Iman Muslim menceritakan kepada kita tentang keutamaan-keutamaannya dan meriwayatkan daripada Aisyah r.a. dia berkata: ?Pernah isteri-isteri nabi s.a.w. berkumpul di tempat Nabi s.a.w., lalu datang Fatimah r.a. sambil berjalan, sedang jalannya mirip dengan jalan rasulullah s.a.w. Ketika Nabi s.a.w. melihatnya, Baginda menyambutnya seraya berkata: ?Selamat datang, puteriku.?Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu Baginda berbisik kepadanya. Maka Fatimah menangis. Ketika melihat kesedihannya, Nabi s.a.w. berbisik kepadanya untuk kedua kalinya; maka Fatimah tersenyum. Setelah itu aku berkata kepada Fatimah: Rasulullah s.a.w. telah berbisik kepadamu secara khusus di antara isteri-isterinya, kemudian engkau menangis!?Ketika Nabi s.a.w. pergi, aku bertanya kepadanya: ?Apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepadamu?? Fatimah menjawab: ?Aku tidak akan menyiarkan rahsia Rasulullah s.a.w.?
Aisyah berkata: ?Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, aku berkata kepadanya: ?Aku mohon kepadamu demi hakku yang ada padamu, ceritakanlah kepadaku apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepadamu itu??Fatimah pun menjawab: ?Adapun sekarang, maka baiklah. Ketika berbisik pertama kali kepadaku, beliau mengkhabarkan kepadaku bahawa jibril biasanya memeriksa bacaannya terhadap Al-Quran sekali dalam setahun, dan sekarang dia memeriksa bacaannya dua kali. Maka, kulihat ajalku sudah dekat. Takutlah kepada Allah dan sabarlah. Aku adalah sebaik-baik orang yang mendahuluimu.? Fatimah berkata: ?Maka aku pun menangis sebagaimana yang engkau lihat itu. Ketika melihat kesedihanku, Baginda berbisik lagi kepadaku dan berkata: ?Wahai Fatimah, tidakkah engkau senang menjadi pemimpin wanita-wanita kaum mukmin atau umat ini?? Fatimah berkata: ?Maka akupun tertawa seperti yang engkau lihat.? Inilah dia, Fatimah Az-Zahra?.
Tatkala suaminya Ali mengetahui banyak banyak hamba sahayanya telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka beliau bertanya kepadanya: ?Apa sebabnya engkau datang, wahai anakku?? Fatimah menjawab: ?Aku datang untuk memberi salam kepadamu.? Fatimah merasa malu untuk meminta kepadanya, lalu pulang. Keesokkan harinya Nabi s.a.w. datang kepadanya, lalu bertanya: ?Apakah keperluanmu?? Fatimah diam.
Ali r.a. lalu berkata: ?Aku akan menceritakan kepada anda, wahai Rasulullah, Fatimah menggiling gandum dengan alat penggiling hingga melecetkan tangannya dan mengangkut qirbah berisi air hingga berbekas didadanya. Ketika hamba sahaya datang kepada anda, aku menyuruhnya agar menemui dan meminta pelayan daripada Anda bagi meringankan bebannya.?
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: ?Demi Allah Aku tidak akan memberikan pelayan kepada kamu berdua, sementara aku biarkan perut penghuni shuffah merasakan kelaparan. Aku tidak punyai wang untuk untuk nafkah mereka, oleh itu Aku menjual hamba sahaya itu dan wangnya aku gunakan untuk nafkah mereka.?
Beliau memberikan contoh kepada kita saat ayahandanya wafat. Ketaka Rasulullah S.A.W. menjelang wafat dan sakitnya bertambah berat, Fatimah berkata: ?Aduh susahnya Ayah!? Nabi s.a.w. menjawab: ?Tiada kesusahan atas Ayahanda sesudah hari ini,? Tatkala Rasulullah S.A.W. wafat, Fatimah berkata: ?Sesungguhnya Ayah, Dia telah memenuhi panggilannya, Sesungguhnya Ayah disyurga Firdaus tempat tinggalnya, Wahai Ayah, kepada Jibril kami sampaikan beritanya.?
Fatimah pernah mengeluh kepada Asma? binti Umais tentang tubuh yang kurus. Dia berkata: ? Dapatkah engkau menutupi aku dengan sesuatu?? Asma? menjawab: ? Aku melihat orang Habsyah membuat usungan untuk wanita dan mengikatkan keranda pada kaki-kaki usungan,? Maka Fatimah menyuruh membuatkan keranda untuknya sebelum dia wafat. Fatimah melihat keranda itu, maka dia berkata: ?Kalian telah menutupi aku, semoga Allah menutupi aurat kalian.? Ibnu Abdil Barr berkata: ?Fatimah adalah orang yang pertama dimasukkan ke keranda pada masa islam.?Dia dimandikan oleh Ali dan Asma?, sedang Asma? tidak mengizinkan seorang pun masuk. Ali r.a. berdiri dikuburnya dan berkata: setiap dua teman yang bertemu tentu akan berpisah dan semua yang diluar kematian adalah sedikit kehilangan satu demi satu adalah bukti bahawa teman itu tidak kekal. Semoga Allah meredhainya.
Betapa indah situasi di mana hati Nabi Muhammad s.a.w. berdenyut menunjukkan cinta dan sayang kepada puterinya itu. Seakan-akan kulihat Az-Zahra?a.s berlinang air mata dan berdenyut hatinya dengan cinta dan kasih sayang. Selanjutnya, inilah dia, Az-Zahra?,Puteri Nabi s.a.w., puteri seorang pemimpim yang Agung. Semoga kita semua, kaum muslimah boleh meneladani sifat serta akhlak Fatimah Az-Zahra?.
Posted in: kisah
19.55
Elvathna Syafwan


